Panduan

BACAAN NIAT DAN DOA SAI PUTARAN 1-7

30 menit baca 09 September 2026
BACAAN NIAT DAN DOA SAI PUTARAN 1-7

Niat Saie

Niat Saie untuk ibadah Umrah dan Haji diucapkan di dalam hati atau dengan suara perlahan sebelum memulakan perbuatan Saie.

Niat Saie Umrah

Niat saie bagi ibadah Umrah adalah seperti berikut:

اللَّهُمَّ إِنِّي أُرِيدُ أَنْ أَسْعَىَ بَيْنَ الصَّفَا وَالْمَرْوَةِ سَبْعَةَ أَشْوَاطٍ، سَعْيَ الْعُمْرَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Allāhumma Innī Urīdu An As‘Ā Baina Aṣ-Ṣafā Wal-Marwah Sab‘Ata Ashwāṭin, Sa‘Ya Al-‘Umrati Lillāhi Ta‘Ālā.

Dalam Bahasa Melayu:

Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya aku hendak mengerjakan sai’e antara Safa dan Marwah tujuh kali sebagai Sai’e umrah kerana Allah Taala.

Niat Saie Haji

Niat saie bagi ibadah Umrah adalah seperti berikut:

اللَّهُمَّ إِنِّي أُرِيدُ أَنْ أَسْعَىَ بَيْنَ الصَّفَا وَالْمَرْوَةِ سَبْعَةَ أَشْوَاطٍ، سَعْيَ الْحَجِّ لِلَّهِ تَعَالَى

Allāhumma Innī Urīdu An As‘Ā Baina Aṣ-Ṣafā Wal-Marwah Sab‘Ata Ashwāṭin Sa‘Ya Al-Ḥajji Lillāhi Ta‘Ālā.

Dalam Bahasa Melayu:

Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya aku hendak mengerjakan sai’e antara Safa dan Marwah tujuh kali sebagai Saie Haji kerana Allah Taala.

Tatacara & Bacaan Doa Ketika Saie

Saie adalah ibadah yang dilakukan dengan berjalan ulang-alik antara Bukit Safa dan Bukit Marwah sebanyak tujuh kali, bermula dari Safa dan berakhir di Marwah. Ia adalah salah satu rukun dalam Umrah dan juga Haji, maka pelaksanaannya perlu dilakukan dengan tertib, penuh penghayatan, dan mengikut contoh yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad ﷺ.

Dalam bahagian ini, akan diterangkan secara lengkap langkah demi langkah pelaksanaan Saie berserta bacaan doa dan zikir yang dianjurkan, sesuai diamalkan oleh jemaah lelaki, wanita, warga emas mahupun golongan OKU.

Tatacara Ringkas Pelaksanaan Saie:

  1. Selesai tawaf, minum air zamzam (sunat), berehat sebentar jika perlu, kemudian menuju ke Bukit Safa.
  2. Berniat Saie di Safa dan berdoa menghadap kiblat.
  3. Mulakan perjalanan dari Safa menuju Marwah sambil berzikir atau berdoa.
  4. Di kawasan lampu hijau, lelaki sunat berlari-lari anak sambil terus berzikir atau berdoa.
  5. Setiba di Marwah, berdoa menghadap kiblat.
  6. Mulakan perjalanan dari Marwah ke Safa (pusingan ke-2) sambil terus berdoa.
  7. Ulang perjalanan hingga lengkap tujuh kali; berakhir di Bukit Marwah.
  8. Setelah selesai, berdoa penutup di Marwah, kemudian bertahallul (bercukur atau bergunting).
Note: Boleh berehat jika penat; teruskan kiraan dari tempat berhenti. Saie tidak terbatal kerana berhenti untuk rehat atau solat.


Perjalanan 1

Safa - Marwah

1. Sebelum Memulakan Perjalanan

Di atas Bukit Safa sebelum memulakan perjalanan, mengadapkan ke arah Kaabah.

Kemudian melambaikan tangan dan membaca:

اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Wa Lillahil-Hamd

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, dan segala puji-pujian adalah milik Allah

Bacaan doa ini disunatkan dibaca setiap kali hendak memulakan perjalanan sebaik sahaja berada di atas Bukit Safa ataupun Marwah.

2. Ketika Memulakan Perjalanan Saie

Seterusnya ketika masih dalam keadaan menghadap kiblat lagi, sebelum memulakan perjalanan maka bacalah doa ini.

Ini adalah doa yang disukai oleh Rasulullah ﷺ:

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ، لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ، أَنْجَزَ وَعْدَهُ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ، وَهَزَمَ الْأَحْزَابَ وَحْدَهُ

Laa iLaHa ilLallah WahDahu Laa SyaRiiKa-LaHu, LaHul-MulKu Wa LaHul HamDu WaHuWa ‘Alaa Kulli Sya’in Qodir Laa iLaHa ilLaallaHu WahDaHu AnJaZa Wa’DaHu WaNaSoRo ‘AbDahu Wa HaZaMal-AhZaaBa WahDahu

Tiada tuhan selain Allah yang esa, tiada sekutu bagiNya, milikNya kerajaan dan pujian dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Tiada tuhan selain Allah yang esa, Dia melaksanakan janjiNya, dia menolong hambaNya dan Dia mengalahkan bala pakatan tentera musuh dengan sendiriNya.

3. Kemudian Bertakbir Sekali Lagi

اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Wa Lillahil-Hamd

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, dan segala puji-pujian adalah milik Allah

4. Kemudian, Mulakan Perjalanan Ke Bukit Marwah

Semasa dalam perjalanan ini, bacalah doa-doa atau zikir pilihan yang disukai anda.

Antara cadangan doa yang boleh dibacakan dalam perjalanan tersebut adalah seperti berikut:

Doa Memohon Keselamatan & Ditutupkan Aib

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ. اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي دِينِي وَدُنْيَايَ وَأَهْلِي وَمَالِي. اللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِي، وَآمِنْ رَوْعَاتِي. اللَّهُمَّ احْفَظْنِي مِنْ بَيْنِ يَدَيَّ، وَمِنْ خَلْفِي، وَعَنْ يَمِينِي، وَعَنْ شِمَالِي، وَمِنْ فَوْقِي، وَأَعُوذُ بِعَظَمَتِكَ أَنْ أُغْتَالَ مِنْ تَحْتِي.

AllahumMa Inni As Alukal ‘Afiyah Fid Dunya Wal AaKhirah. AllahumMa Inni As Alukal AfWa Wal ‘Afiyata Fii DiiNi Wa DunyaYa Wa Ahli Wa MaaLi. AllahumMas-Tur ‘AuRooTi, Wa AaMin Raw-‘AaTi. AllahumMah FazNi Min BaiNi YaDaiYa, Wa Min KholFi, Wa ‘An YaMiiNi, Wa ‘An ShiMaaLi, Wa Min FauQii. Wa Aa’UuDzu Bi ‘AdzoMaTika An Ugh-TaaLa Min TahTi.

“Wahai Tuhanku, bahawasanya aku memohon kepada-Mu afiat di dunia dan akhirat. Wahai Tuhanku, bahawasanya aku memohon kepada-Mu kemaafan dan afiat terhadap agamaku, duniaku, keluargaku dan hartaku. Wahai Tuhanku, tutuplah aiku dan berilah ketenangan dalam hatiku. Wahai Tuhanku, peliharalah aku dari hadapanku, dari belakangku, dari kananku, dari kiriku dan dari atasku, dan aku berlindung kepada Engkau dengan kebesaran Engkau dan orang yang bermaksud hendak membinasakan aku dengan tiba-tiba.” (Riwayat Abu Daud)

5. Setiap Kali Sampai Di Kawasan Lampu Hijau, Maka Bacalah Doa Ini:

رَبِّ اغْفِرْ وَارْحَمْ، وَاعْفُ وَتَكَرَّمْ، وَتَجَاوَزْ عَمَّا تَعْلَمُ، مَا لَا نَعْلَمُ، إِنَّكَ أَنْتَ اللَّهُ الْأَعَزُّ الْأَكْرَمُ

Robbigfir WarHam Wa’Fu WaTaKarRam WaTaJaWaz AmMa Ta’Lamu Maa Laa Na’Lamu Innaka Antallahul A-‘azzul AkRam.

Ya Allah! Ampunilah daku, rahmatilah daku, maafkanlah daku, kurniakanlah kami kemuliaanMu dan ampunilah segala apa yang Engkau ketahui, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami tidak ketahui, sesungguhnya Engkaulah Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Terpuji.


Perjalanan 2

Marwah - Safa

6. Melambaikan Tangan Ke Kaabah Di Atas Bukit Marwah

اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Wa Lillahil-Hamd

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, dan segala puji-pujian adalah milik Allah

7. Kemudian Baca Doa-Doa Saie Pusingan Kedua

Doa Dijauhi Daripada Kepapaan


اللَّهُمَّ رَبَّ السَّمَاوَاتِ وَرَبَّ الْأَرَضِينَ، وَرَبَّنَا وَرَبَّ كُلِّ شَيْءٍ، فَالِقَ الْحَبِّ وَالنَّوَى، مُنْزِلَ التَّوْرَاةِ وَالْإِنْجِيلِ وَالْقُرْآنِ. أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ كُلِّ ذِي شَرٍّ، أَنْتَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهِ. أَنْتَ الْأَوَّلُ فَلَيْسَ قَبْلَكَ شَيْءٌ، وَأَنْتَ الْآخِرُ فَلَيْسَ بَعْدَكَ شَيْءٌ، وَأَنْتَ الظَّاهِرُ فَلَيْسَ فَوْقَكَ شَيْءٌ، وَأَنْتَ الْبَاطِنُ فَلَيْسَ دُونَكَ شَيْءٌ. اقْضِ عَنِّي الدَّيْنَ وَأَغْنِنِي مِنَ الْفَقْرِ

Robbigfir WarHam Wa’Fu WaTaKarRam WaTaJaWaz AmMa Ta’Lamu Maa Laa Na’Lamu Innaka Antallahul A-‘azzul AkRam.

Ya Allah! Ampunilah daku, rahmatilah daku, maafkanlah daku, kurniakanlah kami kemuliaanMu dan ampunilah segala apa yang Engkau ketahui, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami tidak ketahui, sesungguhnya Engkaulah Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Terpuji.

8. Setiap Kali Sampai Di Kawasan Lampu Hijau, Maka Bacalah Doa Ini:

رَبِّ اغْفِرْ وَارْحَمْ، وَاعْفُ وَتَكَرَّمْ، وَتَجَاوَزْ عَمَّا تَعْلَمُ، مَا لَا نَعْلَمُ، إِنَّكَ أَنْتَ اللَّهُ الْأَعَزُّ الْأَكْرَمُ

Robbigfir WarHam Wa’Fu WaTaKarRam WaTaJaWaz AmMa Ta’Lamu Maa Laa Na’Lamu Innaka Antallahul A-‘azzul AkRam.

Ya Allah! Ampunilah daku, rahmatilah daku, maafkanlah daku, kurniakanlah kami kemuliaanMu dan ampunilah segala apa yang Engkau ketahui, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami tidak ketahui, sesungguhnya Engkaulah Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Terpuji.


Perjalanan 3

9. Melambaikan Tangan Ke Kaabah Di Safa Dan Membaca:

اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Wa Lillahil-Hamd

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, dan segala puji-pujian adalah milik Allah

10. Kemudian Baca Doa-Doa Saie Pusingan Ketiga

Doa Menolak Bencana

اللَّهُمَّ رَحْمَتَكَ أَرْجُو، فَلَا تَكِلْنِي إِلَىٰ نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْنٍ، وَأَصْلِحْ لِي شَأْنِي كُلَّهُ، لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ

AllahumMa RahMatika ArJuu, Falaa TakilNi, Ilaa Nafsi ThorFaTa ‘AyNin Wa AsLihLii Sya’Ni KullaHu, Laa iLaaHa ilLaa Anta

“Wahai Tuhanku, aku sentiasa mengharapkan rahmat-Mu, oleh itu janganlah Engkau menyerahkan kepada diriku sendiri walaupun sebentar, perbaikilah untukku segala urusanku, tada than bagiku selain daripada Engkau.” (Riwayat Abu Daud)

11. Setiap Kali Sampai Di Kawasan Lampu Hijau, Maka Bacalah Doa Ini:

رَبِّ اغْفِرْ وَارْحَمْ، وَاعْفُ وَتَكَرَّمْ، وَتَجَاوَزْ عَمَّا تَعْلَمُ، مَا لَا نَعْلَمُ، إِنَّكَ أَنْتَ اللَّهُ الْأَعَزُّ الْأَكْرَمُ

Robbigfir WarHam Wa’Fu WaTaKarRam WaTaJaWaz AmMa Ta’Lamu Maa Laa Na’Lamu Innaka Antallahul A-‘azzul AkRam.

Ya Allah! Ampunilah daku, rahmatilah daku, maafkanlah daku, kurniakanlah kami kemuliaanMu dan ampunilah segala apa yang Engkau ketahui, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami tidak ketahui, sesungguhnya Engkaulah Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Terpuji.


Perjalanan 4

Marwah - Safa

12. Melambaikan Tangan Ke Arah Kaabah Di Bukit Marwah Sambil Mengucapkan:

اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Wa Lillahil-Hamd

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, dan segala puji-pujian adalah milik Allah

13. Kemudian Baca Doa-Doa Saie Pusingan Keempat

Doa Menghindari Kesukaran Hidup


بِسْمِ اللَّهِ عَلَى نَفْسِي وَمَالِي وَدِينِي. اللَّهُمَّ رَضِّنِي بِقَضَائِكَ، وَبَارِكْ لِي فِي قَدَرِكَ، حَتَّى لَا أُحِبَّ تَعْجِيلَ مَا أَخَّرْتَ، وَلَا تَأْخِيرَ مَا عَجَّلْتَ.

Bismillahi ‘Alaa NafSii Wa MaaLii Wa DiiNii. Allahumma RodDiNii BiQoDhoo-iKa Wa BarikLii Fii QoDaRik, Hatta Laa UhibBa Ta’JiiLa Maa AaKhorTa Wa Laa Ta’Khiro Maa ‘AjalTa.

“Dengan nama Allah untuk diriku, harta dan agamaku. Wahai Tuhanku, berilah kepadaku perasaan merelai ketetapan-Mu dan berkatilah segala apa yang diberikan kepadaku supaya aku tidak mencintai mencepatkan yang Engkau lambatkan dan tidak mencintai melambatkan apa-apa yang Engkau cepatkan.” (Riwayat al-Tabarani)

14. Setiap Kali Sampai Di Kawasan Lampu Hijau, Maka Bacalah Doa Ini:

رَبِّ اغْفِرْ وَارْحَمْ، وَاعْفُ وَتَكَرَّمْ، وَتَجَاوَزْ عَمَّا تَعْلَمُ، مَا لَا نَعْلَمُ، إِنَّكَ أَنْتَ اللَّهُ الْأَعَزُّ الْأَكْرَمُ

Robbigfir WarHam Wa’Fu WaTaKarRam WaTaJaWaz AmMa Ta’Lamu Maa Laa Na’Lamu Innaka Antallahul A-‘azzul AkRam.

Ya Allah! Ampunilah daku, rahmatilah daku, maafkanlah daku, kurniakanlah kami kemuliaanMu dan ampunilah segala apa yang Engkau ketahui, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami tidak ketahui, sesungguhnya Engkaulah Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Terpuji.


Perjalanan 5

Safa - Marwah

15. Melambaikan Tangan Ke Kaabah Di Safa Dan Membaca:

اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Wa Lillahil-Hamd

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, dan segala puji-pujian adalah milik Allah

16. Kemudian Baca Doa-Doa Saie Pusingan Kelima

Doa Memohon Kejayaan


اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ صِحَّةً فِي إِيمَانٍ، وَفِي حُسْنِ خُلُقٍ وَنَجَاحًا يَتْبَعُهُ فَلَاحٌ، وَرَحْمَةً مِنْكَ وَعَافِيَةً، وَمَغْفِرَةً مِنْكَ وَرِضْوَانًا

Allahumma Inni As-Aluka SihHaTan Fii iiMaaNan, Fii HusNi KhuLuQin Wa NaJaaHan YatBa’Uhu FalaaHun, Wa RahMatan Minka Wa ‘AaFiyatan Wa MaghFiratan Minka Wa RodWaaNan.

Ertinya: “YaAllah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu kemurnian iman dan akhlak terpuji serta kejayaan yang disertai dengan keuntungan. Aku juga memohon kepada-Mu curahan rahmat, kesihatan, pengampunan dan keredaan dari sisi-Mu.” (Riwayat al-Hakim)

17. Setiap Kali Sampai Di Kawasan Lampu Hijau, Maka Bacalah Doa Ini:

رَبِّ اغْفِرْ وَارْحَمْ، وَاعْفُ وَتَكَرَّمْ، وَتَجَاوَزْ عَمَّا تَعْلَمُ مَا لَا نَعْلَمُ، إِنَّكَ أَنْتَ اللَّهُ الْأَعَزُّ الْأَكْرَمُ

Robbigfir WarHam Wa’Fu WaTaKarRam WaTaJaWaz AmMa Ta’Lamu Maa Laa Na’Lamu Innaka Antallahul A-‘azzul AkRam.

Ya Allah! Ampunilah daku, rahmatilah daku, maafkanlah daku, kurniakanlah kami kemuliaanMu dan ampunilah segala apa yang Engkau ketahui, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami tidak ketahui, sesungguhnya Engkaulah Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Terpuji.


Perjalanan 6

Marwah - Safa

18. Melambaikan Tangan Ke Arah Kaabah Di Bukit Marwah Sambil Mengucapkan:

اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Wa Lillahil-Hamd

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, dan segala puji-pujian adalah milik Allah

19. Kemudian Baca Doa-Doa Saie Pusingan Keenam

Zikir Yang Mendapat Jaminan Syurga

سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ، وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ، مَا شَاءَ اللهُ كَانَ، وَمَا لَمْ يَشَأْ لَمْ يَكُنْ. أَعْلَمُ أَنَّ اللهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ، وَأَنَّ اللهَ قَدْ أَحَاطَ بِكُلِّ شَيْءٍ عِلْمًا

SubHaaNallahi Wa BihamdiHi, Wa Laa Quwwata ilLaa Billahi Maa Syaa Allahu Kana, Wa MaaLam Ya Sya’Lam Yakun. A’LaMu AnnallaHa ‘Alaa Kulli Syai’in Qodir, Wa AnnallahHa Qod AhaTho BikulLi Syai-in ilMann.

“Maha Suci Allah dan Maha Terpuji-Nya, tada kekuatan kecuali dengan Allah, segala sesuatu yang dikehendaki Allah terjadilah, segala sesuatu yang tidak dikehendaki-Nya tiadalah terjadi. Aku meyakini bahawasanya Allah berkuasa atas segala sesuatu dan bahawasanya ilmu Allah meliputi segala sesuatu.” (Riwayat Ibn al-Sunni)

20. Setiap Kali Sampai Di Kawasan Lampu Hijau, Maka Bacalah Doa Ini:

رَبِّ اغْفِرْ وَارْحَمْ، وَاعْفُ وَتَكَرَّمْ، وَتَجَاوَزْ عَمَّا تَعْلَمُ مَا لَا نَعْلَمُ، إِنَّكَ أَنْتَ اللَّهُ الْأَعَزُّ الْأَكْرَمُ

Robbigfir WarHam Wa’Fu WaTaKarRam WaTaJaWaz AmMa Ta’Lamu Maa Laa Na’Lamu Innaka Antallahul A-‘azzul AkRam.

Ya Allah! Ampunilah daku, rahmatilah daku, maafkanlah daku, kurniakanlah kami kemuliaanMu dan ampunilah segala apa yang Engkau ketahui, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami tidak ketahui, sesungguhnya Engkaulah Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Terpuji.


Perjalanan 7

Safa - Marwah

21. Melambaikan Tangan Ke Kaabah Di Safa Dan Membaca:

اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Wa Lillahil-Hamd

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, dan segala puji-pujian adalah milik Allah

22. Kemudian Baca Doa-Doa Saie Pusingan Ketujuh

Doa Terhindar Daripada Bencana

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْهَدْمِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ التَّرَدِّي. وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْغَمِّ، وَالْغَرَقِ، وَالْحَرَقِ، وَالْهَرَمِ. وَأَعُوذُ بِكَ أَنْ يَتَخَبَّطَنِيَ الشَّيْطَانُ عِنْدَ الْمَوْتِ.

وَأَعُوذُ بِكَ أَنْ أَمُوتَ فِي سَبِيلِكَ مُدْبِرًا. وَأَعُوذُ بِكَ أَنْ أَمُوتَ لَدِيغًا

AllahumMa Inni A’UuDubika Minal Hadam, Wa A’UuDubika Minat-TaRodDi. Wa A’UuDubika Minal GhomMi, Wal GhoRoQi, Wal HaRoQi, Wal Harami. Wa A’UuDubika An YaTaKhobBaThaNisy-SyaiThonu InDal-Mawt. Wa A’UuDubika An AmuuTa Fii SabiiLika MudBiiRan. Wa A’UuDubika An AmuuTa LaDiiGhan.

“Tuhanku, bahawasanya aku berlindung diri kepada Engkau daripada keruntuhan rumah, tersungkur ke jurang, terbakar, karam, tua nyanyuk, dikalahi syaitan ketika mati, mati membelakangi jalan-Mu dan mati disengat binatang berbisa.” (Riwayat Ahmad)

23. Setiap Kali Sampai Di Kawasan Lampu Hijau, Maka Bacalah Doa Ini:

رَبِّ اغْفِرْ وَارْحَمْ، وَاعْفُ وَتَكَرَّمْ، وَتَجَاوَزْ عَمَّا تَعْلَمُ مَا لَا نَعْلَمُ، إِنَّكَ أَنْتَ اللَّهُ الْأَعَزُّ الْأَكْرَمُ

Robbigfir WarHam Wa’Fu WaTaKarRam WaTaJaWaz AmMa Ta’Lamu Maa Laa Na’Lamu Innaka Antallahul A-‘azzul AkRam.

Ya Allah! Ampunilah daku, rahmatilah daku, maafkanlah daku, kurniakanlah kami kemuliaanMu dan ampunilah segala apa yang Engkau ketahui, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami tidak ketahui, sesungguhnya Engkaulah Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Terpuji.

Doa Setelah Tamat Perjalanan Saie

Di atas Bukit Marwah

رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا وَعَافِنَا وَاعْفُ عَنَّا، وَعَلَى طَاعَتِكَ وَشُكْرِكَ أَعِنَّا، وَعَلَى غَيْرِكَ لَا تَكِلْنَا، وَعَلَى الْإِيمَانِ وَالْإِسْلَامِ الْكَامِلِ جَمْعًا تَوَفَّنَا وَأَنْتَ رَاضٍ عَنَّا. اللَّهُمَّ ارْحَمْنِي بِتَرْكِ الْمَعَاصِي أَبَدًا مَا أَبْقَيْتَنِي، وَارْحَمْنِي أَنْ أَتَكَلَّفَ مَا لَا يَعْنِينِي، وَارْزُقْنِي حُسْنَ النَّظَرِ فِيمَا يُرْضِيكَ عَنِّي يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ

Maksudnya:

Ya Allah, Ya Tuhan kami, kami memohon diterima doa kami, afiatkanlah dan ampunilah kami. Berilah pertolongan kepada kami untuk taat dan bersyukur kepada-Mu, janganlah membiarkan kami bergantung kepada yang lain selain dari-Mu. Matikanlah kami di dalam iman dan Islam yang sempurna, sedang Engkau redha kepada kami. Ya Allah Ya Tuhan, peliharalah diriku dengan meninggalkan segala kejahatan selama hidupku dan peliharalah aku supaya tidak membuat perkara yang tidak memberi guna dan kurniakanlah kepadaku elok pandangan kepada perkara-perkara yang membawa keredhaan-Mu wahai Tuhan yang bersifat Amat Belas Kasihan.


Puncak Bukit Marwah. Di sinilah jemaah menamatkan pusingan ketujuh Saie. Setelah tiba di Bukit Marwah, disunatkan untuk berdiri menghadap kiblat, bertakbir, bertahlil dan membaca doa penutup. Bagi jemaah Umrah, inilah juga lokasi yang menandakan berakhirnya manasik dan permulaan tahallul – sama ada dengan mencukur atau menggunting rambut sebagai tanda keluar daripada ihram.